Monday, October 18, 2010

Ladang Ikan Laga

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kali ini saya berkesempatan untuk berkongsi dengan peminat ikan laga hiasan tentang pekerjaan yang saya usahakan berbekal minat yang amat mendalam. Untuk memberi gambaran yang jelas, saya telah upload banyak gmbar untuk post kali ini.. Enjoy ye!!

 Keadaan buih ikan setelah disenyawakan..Kalu diperhatikan dengan teliti, terdapat telur ikan berwarna putih dibwah buih tersebut.


Keadaan anak ikan yang berusia 10 hari. Pada usia ini ciri-ciri ikan dapat diketahui seperti color dan jenis-sama ada double tail atau tidak. Plakat dan Halfmoon tidak dapat dibezakan lagi.


 Ini adalah makanan utama anak ikan laga saya iaitu kutu air. saya memberi anak ikan makan kutu air sejak berumur seminggu sehingga bersedia untuk dijual.


Ikan-ikan yang ini sungguh jinak sehingga dapat dipanggil jari. Tetapi ketika waktu makan sahaja..



 Keadaan ladang penternakan ikan laga hiasan. Setiap satu bekas diatas dapat menampung anak ikan sebanyak 250 ekor pada satu masa sehingga dikeluarkan satu persatu apabila mencapai saiz ditetapkan.



Gambar ikan-ikan yang berusia 2 bulan menunggu untuk dikeluarkan dan dimasukkan kedalam bekas lain.

Ikan-ikan yang mencapai kualiti yang ditetapkan dimasukkan kedalam bekas sos yang dipotong  bagi tujuan menggemukkan ikan tersebut untuk dijual. Pada tahap ini ikan sudah sedia menerima tempahan. 


 Disini saya menunjukkan cara yang saya praktikkan untuk memberi makan kutu air kepada ikan-ikan laga hiasan saya pada setiap hari agar nisbah kutu air yang diberi berpatutan.


Ini merupakan tempat saya menunjukkan sample-sample ikan yang sedia dijual kepada peminat yang datang melihat untuk membeli ataupun 'survey' saja. 


 Akhir sekali saya ingin menunjukkan keadaan buih ikan jantan yang sedia untuk dijadikan induk. Buih yang dihasilkan menandakan bahawa ikan jantan tersebut bersedia untuk mengawan.

Diharapkan post saya ini dapat berkongsi serba sedikit pengetahuan saya tentang pembiakan ikan laga hiasan dengan para pembaca. Terima Kasih

14 comments:

Fadzil Muhammad said...

kutu air...di mana boleh di perolehi?

Adika said...

Bagaimana proses memasukkan ikan untuk proses mengawan? Ikan jantan @ betina perlu dimasukkan dahulu@ serentak? Berapa lama masa utk menghasilkan buih?

Muhib Unaited said...

berapa la untuk seseakor ank ikn laga itu membesar,dan berapa harga untuk seekor ikan laga betina?dan untuk membuat sebarang tempahan boleh dihatar terus ke rumah x

cintapelangiretrawr said...

kutu air kita nak dapat kat mana...

SILAT SISWIRAMA said...

Zul nak beli pair Half Moon dan Half Moon Plakat Super Black. Kalau ada stock boleh E-mail saya abuz4hoto@gmail.com

mr jack said...

kutu air.....byk dah dgr....tp nk dpt kt mane xtau la....

cynta naz said...

follow me

Azroy said...
This comment has been removed by the author.
Azroy said...

bang,macam mane nak bagi ikan pelaga kita ni cebat breeding?(biasanya saya kena tunggu 12 hari baru siap sarang buih)

angah said...

mcam mna nak buat tempahan melalui saudara... bleh bagi no tlefon saudara untuk sya hubungi.. ni alamat email sya nazrul_redza@yahoo.com

angah said...

mcam mna nak buat tempahan dri saudara ??? bleh bgi no tlefon saudara ... nie alamat email sya nazrul_redza@yahoo.com

Mr.A and Ms.M said...

assalamualaikum...
bro sy nk bertanya tentang penjagaan anak ikan laga yang baru menetas. sebelum nie, ikan laga berjaya menetas, tetapi selepas seminggu anak ikan tersebut mati.. apakah tips penjagaan anak ikan ikan laga yang baru menetas....? diharap pertolongan dri bro amat diperlukan... :)

Rahimi said...

boleh beri alamat utk pergi tak ?

Seseorang.. said...

Assalammualaikum bro..
Mana nak beli kutu air tu eh?
kawan baca dr atas xde jawapan pon..
xkan x nak share kot..

Post a Comment