Assalamualaikum...
Alhamdulillah kali ini saya berkesempatan untuk berkongsi dengan peminat ikan laga hiasan tentang pekerjaan yang saya usahakan berbekal minat yang amat mendalam. Untuk memberi gambaran yang jelas, saya telah upload banyak gmbar untuk post kali ini.. Enjoy ye!!
Keadaan buih ikan setelah disenyawakan..Kalu diperhatikan dengan teliti, terdapat telur ikan berwarna putih dibwah buih tersebut.
Keadaan anak ikan yang berusia 10 hari. Pada usia ini ciri-ciri ikan dapat diketahui seperti color dan jenis-sama ada double tail atau tidak. Plakat dan Halfmoon tidak dapat dibezakan lagi.
Ini adalah makanan utama anak ikan laga saya iaitu kutu air. saya memberi anak ikan makan kutu air sejak berumur seminggu sehingga bersedia untuk dijual.
Ikan-ikan yang ini sungguh jinak sehingga dapat dipanggil jari. Tetapi ketika waktu makan sahaja..
Keadaan ladang penternakan ikan laga hiasan. Setiap satu bekas diatas dapat menampung anak ikan sebanyak 250 ekor pada satu masa sehingga dikeluarkan satu persatu apabila mencapai saiz ditetapkan.
Gambar ikan-ikan yang berusia 2 bulan menunggu untuk dikeluarkan dan dimasukkan kedalam bekas lain.
Ikan-ikan yang mencapai kualiti yang ditetapkan dimasukkan kedalam bekas sos yang dipotong bagi tujuan menggemukkan ikan tersebut untuk dijual. Pada tahap ini ikan sudah sedia menerima tempahan.
Disini saya menunjukkan cara yang saya praktikkan untuk memberi makan kutu air kepada ikan-ikan laga hiasan saya pada setiap hari agar nisbah kutu air yang diberi berpatutan.
Ini merupakan tempat saya menunjukkan sample-sample ikan yang sedia dijual kepada peminat yang datang melihat untuk membeli ataupun 'survey' saja.
Akhir sekali saya ingin menunjukkan keadaan buih ikan jantan yang sedia untuk dijadikan induk. Buih yang dihasilkan menandakan bahawa ikan jantan tersebut bersedia untuk mengawan.
Diharapkan post saya ini dapat berkongsi serba sedikit pengetahuan saya tentang pembiakan ikan laga hiasan dengan para pembaca. Terima Kasih